Wednesday, June 22, 2011

Salam,Segala Puji Bagi Allah swt Tuhan Sekelian Alam, Selawat & Salam Ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, Keluarga dan Sahabat-sahabatnya. 

Jika Tuhan memberi kamu pangkat atau kuasa, jangan kamu takbur. Takbur adalah pemusnah kasih sayang. Orang yang takbur tidak disayangi Tuhan, tidak disayangi mereka yang berada di sekelilingnya. Mereka tersenyum dihadapanmu, tetapi mengutuk dibelakangmu.
Perasaan hormat tidak boleh dipaksa, ia datang dari jiwa yang ikhlas, ia datang dari mata yang melihat peribadimu. Jika kamu mahu dihormati, kamu perlu menghormati anak buah kamu, sayangi mereka terlebih dahulu nescaya kamu disayangi. Hulurkan tanganmu ketika mereka memerlukan bantuan.
Nabi yang penuh kasih sayang sentiasa memalingkan wajahnya selepas solat memerhatikan siapakah sahabat yang tiada dalam jemaah. Dia akan bertanya di manakah sahabat pergi, adakah ia sakit, adakah ia ada masalah jika dilihat sahabat itu tiada.Dia tidak pernah memalingkan wajahnya ke arah lain ketika sahabatnya bercakap, sehingga semua orang merasai dirinya dihargai dan dihormati.
Dalam organisasi, yang menghidupkan dan menguatkan ialah kerjasama yang jitu antara pemimpin dan anak buah. Kasih sayang adalah ubat yang mujarab kepada apa jua masalah dan ia juga bagaikan api yang dapat menjana kekuatan. Hidupkan suasana kasih sayang dalam organisasi, jadikan pejabat bagaikan rumah yang ceria dengan suasana kekeluargaan. Sentiasa pastikan hubungan yang rapat dan menjaga perkara yang boleh membawa kemusnahan kasih sayang.
Pemimpin yang baik memastikan unsur takbur, dengki, umpat tiada dalam organisasinya. Kerana semua itu adalah pemusnah kasih sayang, ia adalah pelemah kekuatan syarikat. Didiklah anak buah kepada keimanan dan kebersihan jiwa. Jadikan mereka kumpulan yang hatinya penuh dengan kasih sayang.
Walau bagaimana hebat pun seorang pemimpin, organisasi tidak akan berjaya jika tidak mendapat sokongan padu dari kumpulannya. Begitu juga betapa hebat pun kumpulan jika tidak memiliki pemimpin yang hebat dan pemikiran yang ke depan, ia tidak membawa ke mana-mana jua.
Hari ini, kebanyakan syarikat walaupun hebat dalam penyusunan dan perancangan dari sudut kebendaan tetapi mereka gagal dari sudut pengurusan kejayaan manusia. Lahirlah kepincangan, boss tidak dihormati atau anak buah banyak memberi masalah. Hubungan pekerja dingin dan yang malangnya berlaku jatuh menjatuh sesama sendiri. Peranan pemimpin adalah amat penting dalam apa jua keadaan.
Kelemahan pemimpin akan mewujudkan suasana yang tidak harmoni. Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang boleh menguasai suasana, bukan terikut dengan suasana. Jangan kamu bersikap meninggi diri dihadapan anak buah, komunikasi perlu dijaga supaya wujudnya kasih sayang. Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang mempunyai empat ciri.: 
Pertama, dia bagaikan ayah yang sentiasa mengambil berat kebajikan anaknya. Sehingga jika melihat anaknya termenung, dia tahu masalah yang difikirkan si anak. Sebagaimana Nabi SAW ketika melihat seorang sahabat yang miskin termenung, baginda bertanya, adakah sahabat itu ingin berkahwin. Lalu kata sahabat tadi, “Siapakah wanita yang ingin berkahwin dengan saya?”. Lalu Nabi SAW menyuruhnya meminang anak perempuan seorang hartawan atas perintah Baginda.

Kedua, dia bagaikan seorang sahabat yang boleh berbincang apa jua masalah dan menyimpan rahsia serta keaibannya.

Ketiga dia bagaikan guru yang sentiasa memberi tunjuk ajar dengan baik jika anak buahnya melakukan kesilapan.

Keempat dia adalah pemimpin yang boleh membuat keputusan yang tepat dan tegas tanpa dipengaruhi emosi demi kebaikan anak buah dan organisasinya.

Lontarkanlah kasih sayang nescaya kasih sayang akan melantun kembali kepada kamu. Mereka adalah keluarga kamu yang kamu perlu jaga bukan sahaja dalam hal-hal dunia tetapi juga hal-hal berkaitan dengan keimanan.

Firman Allah SWT, “Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka.” Dan sabda Nabi SAW, “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya.”

Berkata Saidina Umar Al-Khattab (r.a), “Bagaimana Umar mahu tidur, malam untuk Tuhan sedangkan siang untuk rakyat. Jika kuda di sungai Nil kesakitan dan kelaparan, Umar yang akan menjawabnya dihadapan Tuhan.”

Menjadi boss bukannya satu keseronokan tetapi ia adalah tanggungjawab yang besar. Kesalahan anak buah adalah tanggungjawab pemimpin. Janganlah kamu berkasar nanti hati mereka liar dengan kamu, berlemah lembut tetapi tegas adalah gabungan prinsip yang memperlihatkan keindahan dalam kepimpinanmu.

Sebagai pekerja, hormatilah pemimpin kamu selagi ia benar kerana ia adalah melambangkan keimanan. Disamping mendapat rezeki, kamu juga perlu bersyukur. Bersyukur sebagai kakitangan ialah memberi perkhidmatan yang baik. Ingatlah rezeki yang kamu perolehi.. adalah untuk menjadi makanan kepada diri dan keluargamu. Oleh itu, jangan masukkan makan yang tidak baik ke dalam perut anak-anak dan isterimu yang bersih. Tidak amanah dengan masa dan tidak memberi perkhidmatan yang baik akan menjadikan rezeki yang kamu terima sebagai perkara syubhah.
Nabi SAW satu ketika pernah menangis sehingga ditanya oleh sahabatnya mengapa beliau berkeadaan demikian.

Lalu Baginda yang amat mengasihi umatnya bersabda,
“Umatku di akhir zaman ramai yang makan rezeki dari sumber yang syubhah.”
Jauhkan diri kamu dari umpat, dengki dan takbur kerana ia pembunuh kasih sayang. Manusia akan menjauhimu kerana sikap kamu sendiri yang menjadi hijab dengan mereka. Bersyukurlah jika kamu memiliki majikan yang baik, jagalah akhlakmu dengannya dan berilah ketaatan kepadanya kerana Allah SWT.

Sayangilah rakan-rakan kamu. Eratkan tangan, susunkan barisan yang rapi demi mendapat kecintaan Tuhan.

Firman Allah, “Sesungguhnya Allah amat mencintai orang yang berjuang pada jalan-Nya dalam barisan yang tersusun rapi.” (As-Shaf : 4).

Organisasi yang berpecah, tiada kasih sayang dan tiada tersusun kukuh, tidak dikasihi Tuhan, tiada pertolongan Tuhan, tiada keberkatan, tiada kekuatan. Kasih sayang adalah sumber kekuatan dan penyelesaian masalah. Tanpa kasih sayang, masalah kecil menjadi besar, tetapi dengan kasih sayang masalah besar menjadi kecil. Mereka bertindak dengan hati yang padu, fikiran yang kreatif, tidak bertindak sendirian, bergerak secara kumpulan, membantu pemimpin di saat susah dan senang.Tolong menolong atas dasar takwa, tolong menolong untuk membina kejayaan, bantu membantu menuju keredhaan Allah SWT.

Ulama sufi amat menekankan empat perkara pada organisasinya.

Pertama, menjaga akhlak dengan pemimpin supaya tidak menyinggung perasaannya.
Kalau melihat kelemahannya atau kesilapannya, tutuplah dan tegurlah ia dengan baik. Berilah nasihat dengan suasana hormat walau pun ia kawan kamu, walaupun ia bergaul dengan kamu bagai kawan, jagalah batas-batasnya dan janganlah kamu mengambil kesempatan ke atasnya.

Kedua, sentiasalah ringan tulang dan memberi sokongan serta membantunya untuk menjayakan segala perancangan dan kerjanya.

Ketiga, sentiasa taat kepadanya dengan tidak banyak kerenah, menunjukkan sikap yang tidak baik atau bersikap acuh tidak acuh arahan yang diberi olehnya.

Keempat, menanamkan rasa kasih sayang kepadanya selagi ia menghormati dan menjaga kebajikan pekerjanya
Kita wajib menyayangi mukmin yang benar dan tidak sombong dengan pangkat dan harta yang dimilikinya kerana mereka dikasihi Tuhan.

Membencinya adalah dari nafsu dan syaitan, menyayanginya adalah kebenaran dari Tuhan. Sayangilah mereka yang disayangi Tuhan, suluhlah mereka melalui neraca Al-Quran dan Sunnah bukannya melalui suluhan nafsu, bukannya suluhan dari manusia yang dengki. Jadikan dirimu mukmin yang mudah berurusan dengan orang dan orang mudah berurusan dengan dirimu.

`For Thing To Change, I Must Change First'

`With the Name Of ALLAH swt, I Believe I Achieve'


Monday, June 20, 2011

jumaat yang berkat

hari jumaat..aku balik kampung..dengan member aku lutfi...budak arkib negara...huhuhu..gerak pukul 630...
cilok sana cilok sini sampai HQ pukul 645....turun lrt titiwangsa 650..dapat train 655..haha..sambil 2 tgh texting some 1...dia ckp ada dkt tbs...hurm...

text punye text tinggal 2 stesyen lagi...utk tbs...aku pun ajak jumpe...xsangka dia bg aku time..Alhamdulillah Allah bukakan hatinya utk berkumpa dgn aku...msk ni baru 2 kali..haha...

jumpa...then die bagi aku key chain...aku ckp tq,nice.....kalau tahu blh jmpe baik aku bg je present yg ada kt rmh 2...tapi itu semua urusan Allah..alhamdulillah le dpt jumpe ye dak...

aku beli tiket 730...turun bwh..carik die dkt gate 12....ha jumpe..walaupun aku xtahu die gate mana tapi aku perhatikan je....sorok kat tiang...last2 die nampak..mcm bdk2 aku ni..walaupun dah boleh jadi bpk bdk..hahah..lawak2...

btw aku bersyukur pada mu ya RABB mempertemukan kami walaupun sekejap..amat2 bersyukur...

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. ( furqan : 74 )
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. ( Ibrahim : 40 )
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". ( Ali - Imran : 38 )

semoga our relationship dapat ke next level..insyaAllah.

Wednesday, June 15, 2011

kegagalan sistem

kegagalan sistem.telah membuat aku jatuh sekali lagi.

kenapa mesti ianya berlaku,kali ini bukan 1,2..tetapi 3.3 in 1 la kalau syarikat pembuat kopi kapitalis seperti yang tertulis di kulit peket nescafe kopi segera..emm..mungkin ini satu ujian bagi aku.kerana sekuat mana pun kita,segagah mana pun kita,kalau kekuatan tersebut tidak dipinjam kan.akan berlaku kepincangan yang tidak diduga.

oh aku teringat sepotong ayat ini..kena dengan keadaan yang aku alami sekarang

"Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan"

semoga mendapat kekuatan mu ya RABB..amin

Monday, June 6, 2011

sayang

"sayang...aku masih teringat saat janji manismu masih terngiang2 di corong telinga ku yang tersumbat...aku masih terkenang,terbayang,malah tidak dapat melupakan saat2 bertentang mata buat pertama kali disalah satu kompleks mambeli belah yang terkemuka di Melaka..aku masih ingat saat aku belai badanmu, mengusap seluruh permukaan kulitmu,janji dan rahsia kita bersama...setiap hari kau akan aku bawa kemana - mana sahaja...kecuali tandas...aku rindu dengan kehadiranmu sayang...tiada siapa dapat mengganti perkhidmatan kau yang penuh berdedikasi, bersemangat waja, penuh penghormatan..tidak sedikit pun kau mendedahkan rahsia turun naik akaun aku..ahah....aku rindu saat2 itu..wahai dompetku...."