Thursday, November 17, 2011

mcm bos.

semua orang mcm bos.baru dapat title bos boleh la buat orang mcm 2..nak solat pun nak kene orang entertainke??

amik kan sejadah la...nsib baik x amek kan wudhuk..confirm dah macam nak mandikan jenazah,,kasar betul ayat aku ni..

adess...letih lah....

dkt office sibuk nak jadi bos..suruh jadi imam takut...pfffttttttttttttttttttttttttttt..no comment

Ya Allah kau bukakan lah pintu hati mereka dan pintu hati ku...aku hanya mampu berdoa..kalau tegur nanti kata berlagak pandai..baik aku diam...Ya Allah kau bagi lah hidayat pada mereka Ya Allah...tanamkan lah rasa hamba dalam hati mereka Ya Allah..aku dah letih berusaha ni Ya Allah..kau pinjam kan sifat kekuatanMu dan sifat kesabaranMu Ya Allah...

aku hanya insan yang kerdil.tidak bisa mengetuk pintu SyurgMu..

ya Allah..bantulah aku...aku berusaha untuk melaksana kan suruhanMu..tapi seringkali aku gagal..bantulah aku ya Allah...

jadikanlah aku lebih bersyukur ya Allah..maaf kan lah dosa ku ya Allah..
aku insan yang lemah..kuatkan lah imanku ya Allah..

aku buat idea supaya dapat mengimarahkan surau office pun still xde sambutan..

yela aku bukan bos..aku sedar 2..

emm.........
=(

Thursday, August 4, 2011

tekanan

Tekanan, (simbol:P) ialah sukatan daya yang bertindak ke atas luas permukaan sentuh, atau daya per unit luas dalam arah yang berserenjang dengan permukaan berkenaan. Semakin kuat daya yang bertindak ke atas permukaan yang diberikan, semakin tinggi tekanan. Begitu juga semakin kecil luas permukaan yang disentuh oleh daya berkenaan maka lebin tinggi tekanan. 
          sumber : wikipedia


 begitulah definisi tekanan yang dimaksudkan dalam konteks sains dan juga fizik.akan tetapi, topik kite pada ptg ni xde kaitan langsung dgn fizik,sains or whatsoever...

sekadar meluahkan perasaan aku je..aku rasa tertekan.sebabnya ade org yg busy body psl aku...sibuk tnye mana aku pergi,kenapa xde dkt partition.padahal aku tgh settle kerja dekat level 27.FYI aku punye ofis lvl 28.begitulah cerita nya..tapi big bos aku x penah komen apa2.jenis yang cool..mksd aku,bkn lah aku ni jenis curik tulang..cube la bg sense of trustworthy skit kat aku ni.xslh kan..kite ni manusia je...yang angkat status kite adalah Dia..kalau Dia nk tarik balik, bila2 masa je pun boleh...

aku kadang bermonolong..mungkin ini aku punya bhagian.aku kene hadap juga ujian mcm ni...tapi mslhnye,kalau kau nak solat pun dia bising..2 dah  melampau lah....sbbnye kat sini ramai bos yang mementingkan kualiti.xkire la kau buat kerja dgn kuantiti yg bnyk,tapi kualiti xde pun x gune jgk...kesimpulannya bg la kepercayaan kt kteorg.sbbnye kteorg bknlah mcm org kebnyakan kat luar sana 2....huhuhuhu...kite ni manusia.xguna kalau nk berlagak...pening kepala lyn perangai kau.

Tuesday, July 19, 2011

pening kepala

haha..tengok tajuk post aku ni je dah pening kepala nak baca....haha..pagi2 lagi aku dah handle kursus..now time to study..haha..maklumlah nak capat confirm.25 - 27/6/2011 aku ada sit for exam..doakan kejayaan aku ye ..amin..mudah2han...sebelum  study aku pun bukak le emain jkr ni...

bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,bukak,...........

sampai korang penat baca ye..haha..joke je..dapat lah 1 email...pasal jamuan raya..dem...puasa pun belum dah sebuk ni buat jamuan raya bagai..haha...dah la aku kene assist dept carik pinggan,then kene hias meje..aku dah le x reti berhias.hahahhaha...puii!....tapi aku bersyukur.alhamdulillah..haha..dapat jgk tugasan yang x berapa nak adventure..haha





haha..mlsnye....dah 2 kene standby potluck la 2...aku pun x tahu nak masak apa...dem...aku pun bukan pandai masak..ada sape2 boleh tolong aku....dah la syarat die mengenyangkan utk 15 org punye mkn...bagi aku kalau maggie goreng 15 bungkus pun kenyang,nuget 15 ketul pun kenyang,kuih 15 ketul pun kenyang..mana 1 ni??..tapi x tahu la org lain mcmana kan...perut masing2 lain..ades...tlglah saya......tlg msk..saya bagi upah,bahan2 dgn keuntungan lagi..adess............

anyone can help me?

Wednesday, July 6, 2011

Janji Allah S.W.T di dalam rezeki kita

Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T, kita diberi peluang dan usaha untuk meneruskan kehidupan dan mencari rezeki atas muka bumi milik Allah S.W.T ini.di dalam usaha kita untuk mencari rezeki, Allah S.W.T tidak meletakkan sebarang jaminan dan janji didalam usaha kita,tetapi Allah S.W.T janjikan keberkatan dan rezeki kita di dalam amal-amal agama Allah S.W.T sepertimana yang selalu kita dengar di dalam tafsir ayat 1000 dinar.” yang mana ayat ini bukanlah untu digantung di kedai semata-mata, tetapi Allah S.W.T meletakkan perkataan “beriman dan bertaqwa” untuk rezeki yang tidak disangka-sangka, semoga Allah S.W.T bukakan dan ilhamkan kepada kita semua untuk usaha mencari rezeki dengan cara yang betul, insyaAllah.

Pertama sekali, saya dan kita semua harus bersetuju dengan maksud rezeki yang mana Hazrat Sheikh Zulfiqar Damaat Barakaatuh, ulama di dalam bidang tasawuf dan juga seorang da`ie mendefinasikan maksud rezeki bermaskud,


“semua aspek yang berkaitan dengan jatuh bangun seseorang manusia, termasuk di dalam maksud rezeki. Ianya termasuk tetapi tidak terhad hanya kepada harta benda, status, perniagaan dan anak-anak.”

Hari ini kita melihat dan nampak di depan mata kita sendiri, bahawa setiap orang bertungkus-lumus berusaha untuk mencari rezeki sama di dalam pekerjaan, perniagaan dan sebagainya. Sesetengah orang berfikir bahawa untuk meluaskan dan memperbanyakkan rezeki ialah dengan melakukan perkara yang haram, seperti membuka kedai minuman dan menjual arak, tapi ia tidak sebenarnya. Islam memberitahu kita bahawa rezeki telah ditetapkan dan diaturkan oleh Allah S.W.T pada masa sebelum kelahiran kita lagi dan pada masa itu juga Allah S.W.T telah membuat 5 janji kepada manusia di dalam rezeki kita. Dengan lebih terperinci lagi saya akan menerangkan 5 perkara tersebut di bawah bersama dalilnya, insyaAllah.

5 janji Allah S.W.T di dalam rezeki.

1.Taqwa.




2. Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) Dengan cara Yang baik, atau lepaskan mereka Dengan cara Yang baik; dan adakanlah dua orang saksi Yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum Yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),



3. serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.



(At-Talaq: 2 dan 3 )

Merujuk kepada ayat Quran di atas Hazrat Mufti Muhammad Shafi`e Sahab Damaat Baraakatuh menuis di dalam tafsir Ma`rifatul Quran berkenaan tentang maksud sebenarnya taqwa:


“perkataan taqwa yang utama dan secara harifiah bermaksud “menjaga” dan “menahan diri”. Di dalam terminologi islam, ia bermaksud “ menahan diri dari berbuat dosa”. Apabila perkataan taqwa ini diterjemah ke lebih tepat,ia adalah bermaskud “takut kepada Allah” dan ia secara langsung berkait dengan untuk menggelakkan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T dan menahan diri dari melakukan dosa."


Ada satu perisitwa dimana Saidina Umar R.Anhu bertanya kepada Saidina Ka`ab Ahbaar R.Anhu iaitu :”apakah maksud dan kenyataan tentang taqwa?”Saidina Ka`ab Ahbaar R.Anhu menjawab,”pernahkah kamu melepasi pokok yang berduri?”Saidina Umar R.Anhu menjawab “ya”.Saidina Ka`ab Ahbaar R.Anhu bertanya lagi,”bagaimana kamu melepasinya?”Saidina Umar R.Anhu menjawab,”saya melepasinya dengan berhati-hati dan saya memastikan duri pokok tersebut tidak mengenai dan melukakan tubuh badan saya.”Saidina Ka`ab Ahbaar R.Anhu menerangkan,”di dalam perkara yang sama,ia juga sama dengan taqwa.taqwa bermaksud untuk seseorang menyelamatkan dan menahan diri dari berbuat dosa dan kelalaian.”

Jadi,inilah sebenarnya perkara pertama yang dijanjikan Allah S.W.T pada orang yang beriman dan bertaqwa,yang mana Allah S.W.T akan memudahkan urusan dan kesusahan yang dihadapai seseorang hamba dan Allah S.W.T juga akana menyediakan rezeki dan kemudahan dari sumber yang mereka tidak jangka dan ketahui.

2. Solah 5 waktu

Sesiapa yang biasa dan pernah luangkan masa bersama jemaah untuk khuruj fisabilillah akan biasa dengar dan faham serta biasa dengan hadith tentang janji Allah S.W.T jika menjaga solah 5 waktu. Salah satunya ialah Allah S.W.T memudahkan rezeki mereka. Jika ada diantara kita yang jarang dan tidak biasa dengan hadith ini, mungkin seseorang itu harus belajar meluangkan masa keluar di jalan Allah S.W.T.insyaAllah.

Di dalam salah satu hadith ada dinyatakan bahawa,” solah ialah salah satu perkara yang disukai oleh Allah S.W.T. ia juga perbuatan yang dicintai oleh para malaikat, dan ianya adalah sunnah Ambiyaa` Alaihi Mussolatu Wassalam, nur (cahaya) kepada maar`ifah dicapai dan doanya diterima, dan keberkatan rezeki didapati.”

Sekali Sahabat R.Anhum berkata,”apabila isi rumah dan bekalan makanan di rumah Nabi S.A.W berkurangan dan tidak ada,Baginda menyuruh isi rumahya menunaikan solah dan membaca ayat ini:




dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah Engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadaMu, (bahkan) Kamilah Yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa.

(Taha :132)

3. Istighfar


Nabi S.A.W ada bersabda di dalam satu hadith bahawa, ”seseorang yang memohon keampunan pada Allah S.W.T untuk lelaki atau wanita islam sebanyak 26 atau 25 kali setiap hari, maka Allah S.W.T akan mengira seseorang itu termasuk didalam doanya yang diterima Allah S.W.T, dan dari itu juga ia akan dikurniakan keberkatan pada rezekinya dari sesiapa yang mencari rezeki di atas muka bumi ini.”

Nabi S.A.W bukan sahaja membuat dirinya sendiri untuk mengucap dan membuat istighfar dan taubat pada Allah S.W.T,malah baginda juga menggalakkan dan menyuruh orang islam supaya meminta keampuanan dari Allah S.W.T dengan kekerapan yang tinggi. Salah satu kelebihan di dalam Istighfar yang mana ianya boleh ditemui dalam hadith,” Allah S.W.T akan melayan dan menendengar permintaan dan rintihan seseorang yang banyak mengucapkan istighfar dan dalam masa yang sama seperti dengan hamba yang bertaqwa.”

Saidina Abbas R.Anhu meriwayatkan bahawa Nabi .S.A.W bersabda, ”seseorang yang kerap mengucapkan istighfar,yang mana ianya meminta keampunan dari Allah S.W.T atas dosa yang dia telah buat, maka Allah S.W.T akan membuka jalan-jalan penyelesaian dari kemiskinan dan kesusahan. Segala penderitaan dan kesusahan akan dialihkan dan pada tempatnya kemakmuran dan kesejahteraan akan didapati yang mana seseseorang itu akan menerima rezeki dari sumber yang tidak diketahui dan tidak dijangka sumbernya.”

4. Tawakkal (berserah) pada Allah S.W.T.

Tawakkal pada Allah S.W.T boleh diterjemah dan ditakrifkan sebagai berharap sepenuhnya pada Allah S.W.T. di dalam penerangan yang lebih terperinci ianya bermaksud 100% berserah dan berharap pada Allah S.W.T akan memberi rezeki.Allah S.W.T telah menetapkan rezeki untuk saya. Jika semua mahluk ciptaanAllah S.W.T berkumpul dan datang untuk mengubah sesuatu, maka pasti mereka tidak mampu mengubahnya kecuali dengan izin Allah S.W.T.

Nabi S.A.W ada bersabda bahawa , jika kamu bersedia dan ikhlas berserah diri pada Allah S.W.T, Dia akan mengurniakan kamu rezeki, sepertimana burung-burung diberi rezeki, yang mana burung-burung ini keluar dari sarangnya di waktu pagi dengan perut yang kosong dan kembali ke sarang ada waktu petang dengan perut yang penuh. Allah S.WT berfirman: 




"serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

(Al-Talaq: 3)



Itulah bagaiamana ayat di atas menerangkan di atas bersambung. SubhanaAllah, betapa indah dan mudahnya contoh tamsilan yang diberi oleh Nabi S.A.W, semoga Allah S.W.T memberi kerahmatan pada baginda dan Keluarganya.

Sadinia Hussin R.Anhu meriwayatkan dari Nabi S.A.W bahawa, ”seseorang yang ikhlas berserah pada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T akan mencukupkan semua keperluan dan tanggungjawab seseorang itu. Rezeki akan diperoleh dari sumber yang tidak dijangka, yang mana ianya tidak masuk akal dan tidak boleh dibayangkan. Sesseorang yang bergantung pada usahanya sendiri dan dunia, maka Allah S.W.T akan menyerahkan rezeki dan nasib orang itu pada benda yang ia bergantung.”

Hazrat Shehikhul Hadtih Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatulllahi A`laih menulis di dalam bukunya fadhilat Sedekah bahawa mendengar dan taat pada kata-kata Nabi S.A.W, yang mana ianya tersimpan kudarat dan perintah Allah S.W.T:


“sesiapa yang ingin menjadi yang terkuat,mereka seharusnya bertawakkal (berserah) pada Allah S.W.T. seseorang yang ingin menjadi orang yang sangat dihormati, maka beliau harus ada sifat taqwa. seseorang yang ingin menjadi yang paling sihat dan cergas, maka beliau harus lebih berharap pada kudrat Allah S.W.T. lebih dari apa yang diusahakannya.”


5. Infaaq Fisabilillah

Ianya bukan satu lagi rahsia apabila seseorang menggunakan hartanya untuk agama Allah S.W.T dan di jalan Allah S.W.T, maka Allah S.W.T yang tiada had pengasihnya akan memberi yang lebih lagi. banyak hadith menerangkan kepentingan dan kelebihan perkara ini, tetapi untuk menjimatkan masa pembaca semua, saya hanya meletakkan satu kisah yang ringkas tentang Sadina Ali R.Anhu dengan pencuri yang mana ia akan memudahkan kita semua untuk memahami konsep ini dengan mudah.

Hazrat Ubaydullah Bin Muhammad Bin Aisha R.Anhu meriwayatkan bahawa apabila seorang pencuri datang berjumpa dengan Hazrat Saidinina Ali R.Anhu semasa beliau menjadi khalifah, dia telah berkata pada anaknya Hazrat Saidina Hassan R.Anhu, ”pergi kepada ibu kamu dan beritahunya untuk memberi 6 dirham yang saya tinggalkan padanya kepada pencuri ini.” Hazrat Hassan R.Anhu kemudian berjumpa ibunya dan datang kembali dengan pesanan dari ibunya disampaikan kepada ayahnya, Saidina Ali R.Anhu, ”kamu telah meninggalkan 6 dirham itu untuk membeli tepung.” kemudian Saidinia Ali R.Anhu berkata, ”iman seseorang tidak akan betul dan sahih sehinggalah dia mempercayai apa yang ada ditangan dan ketentuan Allah S.W.T dari apa yang ada pada tangannya.” kemudian Saidina Hassan kembali kepada ibunya dan menyampaikan pesanan dari Saidina Ali R.Anhu.mendengar pesanan ini, ibunya terus memberi 6 dirham itu kepada pencuri tadi.”

Hazrat Saidina Ali R.Anhu masih tidak lagi mengubah posisi duduknya kemudian datang seorang untuk menjual unta padanya. ”berapa harga unta ini?” Tanya Hazrat Ali R.Anhu pada penjual itu. Penjual itu membalas “140 dirham”. Hazrat Ali R.Anhu berpesan pada penjual itu supaya mengikat dan meninggalkan unta itu bersamanya dengan bermaksud Hazrat Ali R.Anhu akan kembali dan membayar harga unta itu setelah beberapa ketika. Penjual itu telah mengikat unta pada dahan pokok kurma dan meninggalkannya dengan Hazrat Ali R.Anhu . kemudian seorang datang dan bertanya pada Hazrat Ali R.Anhu milik siapakah unta ini. Apabila Hazrat Ali R.Anhu memberitahunya bahawa unta ini milik beliau, maka orang ini bertanya samada beliau mahu menjualkannya.Hazrat Ali R.Anhu menjawab, ”boleh dan pasti.” orang itu bertanya berapa harganya dan kemudian menawarkan harga pada Hazrat Ali R.Anhu dengan harga 240 dirham. Hazrat Ali R.Anhu bersetuju dan orang itu membayar unta itu dengan harga yang dipersetujui tadi dan mengambil unta tadi dan beredar.

Belum sempat Hazrat Ali R.Anhu menukar lagi posisi kedudukannya, orang yang menjual unta pada Hazrat Ali R.Anhu dan beliau membayar 140 dirham pada penjual itu. setelah selesai urusan,beliau pulang ke rumah dan meneyrahkan 60 dirham pada isterinya, Hazrat Fatima` R.Anha. Melihat wang itu,isterinya bertanya, ”apakah ini dan dari mana datangnya?”

Hazrat Ali R.Anhu menjawab ”inilah janji dan firmanAlah S.W.T yang disabdakan dari Nabi S.A.W iaitu:”.




"sesiapa Yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) Yang sama dengannya; dan sesiapa Yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) Yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)."



(An-Anm: 160)

SubhanaAllah, perlukah saya bercakap sesuatu melainkan ini bukanlah cerita dongeng dan rekaan tapi ianya adalah peristiwa yang benar dan pernah berlaku. Para Ulama e-kiraam telah menerangkan banyak sekali cara yang halal untuk menambahkan keberkaatan pada rezeki kita. tetapi sebagai rumusan inilah perkara yang dipelajari saya dari para ulama e-kiraam yang mengkaji dan memahami quran dan Hadith.


5 punca rezeki didalam janji Allah S.W.T:



1.Taqwa



2.Solah 5 waktu



3.Isgtifhar



4.Tawakkal



5.Infaq Fisabilillah.

Dan sebelum saya terlupa ialah Asbab (sebab) . tiada janji Allah S.W.T dikaitkan dan diletak pada asbab, tetapi yakin kita pada hari ini telah lebih kepada asbab, bukan janji Allah S.W.T. semoga Allah S.W.T mengampuni saya terutamanya yang masih banyak kesalahan dan kita semua dan membawa semua perkara penting di dalam janji Allah S.WT. di dalam kehidupan kita, Amin, insyaAllah.

Rujukan

1.Fadilaah Sadaaqah by Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatullahi A`laih.

2. Lecture by Hazrat Maulana Sheikh Zulfiqar wal Nasqhabandi Damaat Barakaatuh at Chaqwaal khanqahMadrasahPakistan.

3. Khutbah Jumaat by Hazrat Maulana Muhammad Yunus Patel Saheb Damaat Barakaatuh in topic “Promise of Rizq from unknown sources upon Taqwa” at south Africa.

4. Tafsir Maàrifatul Quran by Hazrat Mufti Muhammad Shafi`e Sahab Damaat Baraakatuh.

5. Mishkat al-Masabih by Muhammad ibn Abd Allah Khatib Al-Tabrizi Rahmatullahi A`laih

6. Kanz al-Ummal by Ali ibn Abd-al-Malik al-Hindi Rahmatullahi A`laih.

7. Maariful Hadith by Hazrat Maulana Shaykh Mohammad Manzoor Nomani Rahmatullahi A`laih.

Selitkan nama saya di dalam doa-doa pembaca semua.saya ini masih insan yang lemah dan masih di dalam proses pembelajaran.


sekadar sharing email from my bro.

something weird

aku rasa amat pelik dengan diri aku sekarang..


aku mudah menangis tidak  macam dulu..bila aku aku baca dan fahami ayat Al-Quran pun aku boleh menangis,


aku solat pun boleh menangis..even semalam aku tgh solat pun menangis..Allah..kenapa lah sampai mcm 2 ek??


doa pun boleh menangis...


monolog dalaman aku makin serius...


dulu kalau nak menangis cukup payah..mungkin hati aku amat keras,jahil,zalim pada masa lalu...


oh inikah kebahagiaan yang aku cari2 selama ini...


dengan mudahnya air mata aku tumpah tanpa sebarang punca...


bila aku teliti makna bacaan dalam solat pun hati aku boleh bergetar kencang....


lalu sistem otak ku mula menjalankan tugasnya...kristal2 di sekeliling mata ku mula merembeskan cecair yang hangat..sehangat sentuhan ibuku...


dengan tidak semena2 sistem empangan di mata ku mula goyah..kerapuhan struktur telah menyebabkan air mata ku melimpah...


aku bersyukur..bersyukur ke hadratMu ya Allah kerana telah memilihku lagi untuk menangis kerana Mu..


sewaktu bacaan al fatihah yang ku baca sehabis baik dan mehamai sedalam2 maksudnya...aku menangis lagi..


ya Allah...


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). 

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. 

Tunjukilah kami jalan yang lurus. 

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. 

terlalu indahnya ayat Mu..hanya hati yang terbuka dapat memahami makna disebalik kata2 Mu...ketika membaca ayat Mu..aku sedar Kau sedang berkata - kata denganku..walaupun aku sedar aku masih mendustakan nikmatMu ya Allah..begitu juga keagunganMu..

aku teringat juga maksud surah ar-rahman.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 

ya Allah..kau masih tidak putus2 memberikan nikmat kepada ku,

masih lagi mengabulkan doa hambamu ini,

masih memberikan rezeki kepada ku,

masih meberikan aku kesihatan,

nikmat untuk menghembus nafasmu,

nikmat untuk makan dari sumber rezeki mu..

moga aku dapat melihat setiap kejadian yang telah Engkau tetapkan sebagai sesuata yang telah Engkau rancangkan..kerana Engkaulah sebaik2 perancang..

amin ya Allah

Wednesday, June 22, 2011

Salam,Segala Puji Bagi Allah swt Tuhan Sekelian Alam, Selawat & Salam Ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, Keluarga dan Sahabat-sahabatnya. 

Jika Tuhan memberi kamu pangkat atau kuasa, jangan kamu takbur. Takbur adalah pemusnah kasih sayang. Orang yang takbur tidak disayangi Tuhan, tidak disayangi mereka yang berada di sekelilingnya. Mereka tersenyum dihadapanmu, tetapi mengutuk dibelakangmu.
Perasaan hormat tidak boleh dipaksa, ia datang dari jiwa yang ikhlas, ia datang dari mata yang melihat peribadimu. Jika kamu mahu dihormati, kamu perlu menghormati anak buah kamu, sayangi mereka terlebih dahulu nescaya kamu disayangi. Hulurkan tanganmu ketika mereka memerlukan bantuan.
Nabi yang penuh kasih sayang sentiasa memalingkan wajahnya selepas solat memerhatikan siapakah sahabat yang tiada dalam jemaah. Dia akan bertanya di manakah sahabat pergi, adakah ia sakit, adakah ia ada masalah jika dilihat sahabat itu tiada.Dia tidak pernah memalingkan wajahnya ke arah lain ketika sahabatnya bercakap, sehingga semua orang merasai dirinya dihargai dan dihormati.
Dalam organisasi, yang menghidupkan dan menguatkan ialah kerjasama yang jitu antara pemimpin dan anak buah. Kasih sayang adalah ubat yang mujarab kepada apa jua masalah dan ia juga bagaikan api yang dapat menjana kekuatan. Hidupkan suasana kasih sayang dalam organisasi, jadikan pejabat bagaikan rumah yang ceria dengan suasana kekeluargaan. Sentiasa pastikan hubungan yang rapat dan menjaga perkara yang boleh membawa kemusnahan kasih sayang.
Pemimpin yang baik memastikan unsur takbur, dengki, umpat tiada dalam organisasinya. Kerana semua itu adalah pemusnah kasih sayang, ia adalah pelemah kekuatan syarikat. Didiklah anak buah kepada keimanan dan kebersihan jiwa. Jadikan mereka kumpulan yang hatinya penuh dengan kasih sayang.
Walau bagaimana hebat pun seorang pemimpin, organisasi tidak akan berjaya jika tidak mendapat sokongan padu dari kumpulannya. Begitu juga betapa hebat pun kumpulan jika tidak memiliki pemimpin yang hebat dan pemikiran yang ke depan, ia tidak membawa ke mana-mana jua.
Hari ini, kebanyakan syarikat walaupun hebat dalam penyusunan dan perancangan dari sudut kebendaan tetapi mereka gagal dari sudut pengurusan kejayaan manusia. Lahirlah kepincangan, boss tidak dihormati atau anak buah banyak memberi masalah. Hubungan pekerja dingin dan yang malangnya berlaku jatuh menjatuh sesama sendiri. Peranan pemimpin adalah amat penting dalam apa jua keadaan.
Kelemahan pemimpin akan mewujudkan suasana yang tidak harmoni. Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang boleh menguasai suasana, bukan terikut dengan suasana. Jangan kamu bersikap meninggi diri dihadapan anak buah, komunikasi perlu dijaga supaya wujudnya kasih sayang. Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang mempunyai empat ciri.: 
Pertama, dia bagaikan ayah yang sentiasa mengambil berat kebajikan anaknya. Sehingga jika melihat anaknya termenung, dia tahu masalah yang difikirkan si anak. Sebagaimana Nabi SAW ketika melihat seorang sahabat yang miskin termenung, baginda bertanya, adakah sahabat itu ingin berkahwin. Lalu kata sahabat tadi, “Siapakah wanita yang ingin berkahwin dengan saya?”. Lalu Nabi SAW menyuruhnya meminang anak perempuan seorang hartawan atas perintah Baginda.

Kedua, dia bagaikan seorang sahabat yang boleh berbincang apa jua masalah dan menyimpan rahsia serta keaibannya.

Ketiga dia bagaikan guru yang sentiasa memberi tunjuk ajar dengan baik jika anak buahnya melakukan kesilapan.

Keempat dia adalah pemimpin yang boleh membuat keputusan yang tepat dan tegas tanpa dipengaruhi emosi demi kebaikan anak buah dan organisasinya.

Lontarkanlah kasih sayang nescaya kasih sayang akan melantun kembali kepada kamu. Mereka adalah keluarga kamu yang kamu perlu jaga bukan sahaja dalam hal-hal dunia tetapi juga hal-hal berkaitan dengan keimanan.

Firman Allah SWT, “Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka.” Dan sabda Nabi SAW, “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya.”

Berkata Saidina Umar Al-Khattab (r.a), “Bagaimana Umar mahu tidur, malam untuk Tuhan sedangkan siang untuk rakyat. Jika kuda di sungai Nil kesakitan dan kelaparan, Umar yang akan menjawabnya dihadapan Tuhan.”

Menjadi boss bukannya satu keseronokan tetapi ia adalah tanggungjawab yang besar. Kesalahan anak buah adalah tanggungjawab pemimpin. Janganlah kamu berkasar nanti hati mereka liar dengan kamu, berlemah lembut tetapi tegas adalah gabungan prinsip yang memperlihatkan keindahan dalam kepimpinanmu.

Sebagai pekerja, hormatilah pemimpin kamu selagi ia benar kerana ia adalah melambangkan keimanan. Disamping mendapat rezeki, kamu juga perlu bersyukur. Bersyukur sebagai kakitangan ialah memberi perkhidmatan yang baik. Ingatlah rezeki yang kamu perolehi.. adalah untuk menjadi makanan kepada diri dan keluargamu. Oleh itu, jangan masukkan makan yang tidak baik ke dalam perut anak-anak dan isterimu yang bersih. Tidak amanah dengan masa dan tidak memberi perkhidmatan yang baik akan menjadikan rezeki yang kamu terima sebagai perkara syubhah.
Nabi SAW satu ketika pernah menangis sehingga ditanya oleh sahabatnya mengapa beliau berkeadaan demikian.

Lalu Baginda yang amat mengasihi umatnya bersabda,
“Umatku di akhir zaman ramai yang makan rezeki dari sumber yang syubhah.”
Jauhkan diri kamu dari umpat, dengki dan takbur kerana ia pembunuh kasih sayang. Manusia akan menjauhimu kerana sikap kamu sendiri yang menjadi hijab dengan mereka. Bersyukurlah jika kamu memiliki majikan yang baik, jagalah akhlakmu dengannya dan berilah ketaatan kepadanya kerana Allah SWT.

Sayangilah rakan-rakan kamu. Eratkan tangan, susunkan barisan yang rapi demi mendapat kecintaan Tuhan.

Firman Allah, “Sesungguhnya Allah amat mencintai orang yang berjuang pada jalan-Nya dalam barisan yang tersusun rapi.” (As-Shaf : 4).

Organisasi yang berpecah, tiada kasih sayang dan tiada tersusun kukuh, tidak dikasihi Tuhan, tiada pertolongan Tuhan, tiada keberkatan, tiada kekuatan. Kasih sayang adalah sumber kekuatan dan penyelesaian masalah. Tanpa kasih sayang, masalah kecil menjadi besar, tetapi dengan kasih sayang masalah besar menjadi kecil. Mereka bertindak dengan hati yang padu, fikiran yang kreatif, tidak bertindak sendirian, bergerak secara kumpulan, membantu pemimpin di saat susah dan senang.Tolong menolong atas dasar takwa, tolong menolong untuk membina kejayaan, bantu membantu menuju keredhaan Allah SWT.

Ulama sufi amat menekankan empat perkara pada organisasinya.

Pertama, menjaga akhlak dengan pemimpin supaya tidak menyinggung perasaannya.
Kalau melihat kelemahannya atau kesilapannya, tutuplah dan tegurlah ia dengan baik. Berilah nasihat dengan suasana hormat walau pun ia kawan kamu, walaupun ia bergaul dengan kamu bagai kawan, jagalah batas-batasnya dan janganlah kamu mengambil kesempatan ke atasnya.

Kedua, sentiasalah ringan tulang dan memberi sokongan serta membantunya untuk menjayakan segala perancangan dan kerjanya.

Ketiga, sentiasa taat kepadanya dengan tidak banyak kerenah, menunjukkan sikap yang tidak baik atau bersikap acuh tidak acuh arahan yang diberi olehnya.

Keempat, menanamkan rasa kasih sayang kepadanya selagi ia menghormati dan menjaga kebajikan pekerjanya
Kita wajib menyayangi mukmin yang benar dan tidak sombong dengan pangkat dan harta yang dimilikinya kerana mereka dikasihi Tuhan.

Membencinya adalah dari nafsu dan syaitan, menyayanginya adalah kebenaran dari Tuhan. Sayangilah mereka yang disayangi Tuhan, suluhlah mereka melalui neraca Al-Quran dan Sunnah bukannya melalui suluhan nafsu, bukannya suluhan dari manusia yang dengki. Jadikan dirimu mukmin yang mudah berurusan dengan orang dan orang mudah berurusan dengan dirimu.

`For Thing To Change, I Must Change First'

`With the Name Of ALLAH swt, I Believe I Achieve'


Monday, June 20, 2011

jumaat yang berkat

hari jumaat..aku balik kampung..dengan member aku lutfi...budak arkib negara...huhuhu..gerak pukul 630...
cilok sana cilok sini sampai HQ pukul 645....turun lrt titiwangsa 650..dapat train 655..haha..sambil 2 tgh texting some 1...dia ckp ada dkt tbs...hurm...

text punye text tinggal 2 stesyen lagi...utk tbs...aku pun ajak jumpe...xsangka dia bg aku time..Alhamdulillah Allah bukakan hatinya utk berkumpa dgn aku...msk ni baru 2 kali..haha...

jumpa...then die bagi aku key chain...aku ckp tq,nice.....kalau tahu blh jmpe baik aku bg je present yg ada kt rmh 2...tapi itu semua urusan Allah..alhamdulillah le dpt jumpe ye dak...

aku beli tiket 730...turun bwh..carik die dkt gate 12....ha jumpe..walaupun aku xtahu die gate mana tapi aku perhatikan je....sorok kat tiang...last2 die nampak..mcm bdk2 aku ni..walaupun dah boleh jadi bpk bdk..hahah..lawak2...

btw aku bersyukur pada mu ya RABB mempertemukan kami walaupun sekejap..amat2 bersyukur...

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. ( furqan : 74 )
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. ( Ibrahim : 40 )
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". ( Ali - Imran : 38 )

semoga our relationship dapat ke next level..insyaAllah.