Wednesday, July 6, 2011

something weird

aku rasa amat pelik dengan diri aku sekarang..


aku mudah menangis tidak  macam dulu..bila aku aku baca dan fahami ayat Al-Quran pun aku boleh menangis,


aku solat pun boleh menangis..even semalam aku tgh solat pun menangis..Allah..kenapa lah sampai mcm 2 ek??


doa pun boleh menangis...


monolog dalaman aku makin serius...


dulu kalau nak menangis cukup payah..mungkin hati aku amat keras,jahil,zalim pada masa lalu...


oh inikah kebahagiaan yang aku cari2 selama ini...


dengan mudahnya air mata aku tumpah tanpa sebarang punca...


bila aku teliti makna bacaan dalam solat pun hati aku boleh bergetar kencang....


lalu sistem otak ku mula menjalankan tugasnya...kristal2 di sekeliling mata ku mula merembeskan cecair yang hangat..sehangat sentuhan ibuku...


dengan tidak semena2 sistem empangan di mata ku mula goyah..kerapuhan struktur telah menyebabkan air mata ku melimpah...


aku bersyukur..bersyukur ke hadratMu ya Allah kerana telah memilihku lagi untuk menangis kerana Mu..


sewaktu bacaan al fatihah yang ku baca sehabis baik dan mehamai sedalam2 maksudnya...aku menangis lagi..


ya Allah...


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). 

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. 

Tunjukilah kami jalan yang lurus. 

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. 

terlalu indahnya ayat Mu..hanya hati yang terbuka dapat memahami makna disebalik kata2 Mu...ketika membaca ayat Mu..aku sedar Kau sedang berkata - kata denganku..walaupun aku sedar aku masih mendustakan nikmatMu ya Allah..begitu juga keagunganMu..

aku teringat juga maksud surah ar-rahman.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 

ya Allah..kau masih tidak putus2 memberikan nikmat kepada ku,

masih lagi mengabulkan doa hambamu ini,

masih memberikan rezeki kepada ku,

masih meberikan aku kesihatan,

nikmat untuk menghembus nafasmu,

nikmat untuk makan dari sumber rezeki mu..

moga aku dapat melihat setiap kejadian yang telah Engkau tetapkan sebagai sesuata yang telah Engkau rancangkan..kerana Engkaulah sebaik2 perancang..

amin ya Allah

No comments: